Monday, November 30, 2015

Kimchi Class


Pulun meratakan sos kimchi ke seluruh kobis

Baru tahu rupanya leceh buat kimchi. Kata chef untuk dapat kimchi yang sedap itu kena peram selama 2 tahun. Chef juga inform bagus untuk kesihatan, ada banyak vitamin sebab tu ia boleh mencantikkan kulit lebih-lebih lagi ia tidak menggandungi sebarang bahan kimia. semua bahan adalah semulajadi dan tiada penggunaan gula. 

Saya tiada bukti untuk menyokong kebaikkan makan kimchi. sudah bertahun duduk korea, balik ke malaysia dan kembali lagi, tekak saya masih tidak dapat menerimanya. Agaknya tekak orang kampung di dalam diri saya terlalu kuat. Dan juga mungkin kerana saya bukan peminat sayur termasuk bawang putih/merah, budu dan cencalok. tapi itu tidak bermakna kimchi itu tidak sedap. cuma ia tidak sesuai dengan diri saya walau dah cuba beberapa kali tetap tidak dari saya.

Bertuahlah kepada mereka yang menggemarinya. Silakanlah amalkan. kot-kot kulit boleh cantik macam orang korea...(^_^)

Cara-cara buat kimchi
1. Sediakan sayur yang berkenaan. dalam kelas ini kami pakai kobis. kobis panjang dibelah 4. kemudian dibasuh dengan air bersih. selepas itu rendamkan kobis dengan air garam. selepas rendam sekitar 4 jam, periksa kobis anda dan pastikan kobis telah sepenuhnya berubah sedikit warna dan lembut sehingga tidak berbunyi kalau cuba untuk dipatahkan. jikalau selepas 4 jam masih tidak berubah, tambahkan masa rendaman.

2. kobis yang telah siap direndam dan sesuai digunakan, di angkat dan cuci dengan air bersih sebanyak tiga kali. selepas itu keringkannya sehingga tiada lagi air menitik. mungkin perlukan masa sekitar 2-3 jam untuk pengeringan 
3. penyediaan sos. bahan-bahannya serbuk cili kering, bawang putih yg telah dicincang halus, buah pear, bubur nasi, air putih, budu, daun bawang dan byk lg, boleh tgk di gambar. kalau saya, saya akan olah ikut selera saya sendiri, yang penting dapat sos yang kena dengan selera kita.
4. ratakan sos tersebut ke setiap celah kobis yang telah dikeringkan tadi.
5. kemudian peramkannya. paling cepat yang sesuai dimakan adalah sekitar 5 bulan..nak sedap lg kata chef, peramkan 2 tahun.


begitulah kisah kimchi

No telefon:02-6002-6456
Email:museum@pulmuone.com
www.kimchikan.com




Bahan-bahan sos kimchi 
Bersama-sama rakan dari Jepun menggauli sos kimchi

Bersama chef yang telah bersusah payah menurunkan resepi turun temurun keluarga beliau dalam pembuatan kimchi



No comments:

Post a Comment

Featured Post

Monet's Exhibition

Differentiated from the normal one., this time we going to see the masterpieces on the screen, not in the frame. Arnd 400 works...

adsense